Saturday, April 23, 2011

yang kucintai~

20.april.2011

Aku halakan pandangan ke arah rakan2 sebilikku.. disebalik kedinginan malam, dengkuran halus mereka amat menusuk kalbuku.. aku terdiam, khusyuk, aku menadah tangan.. berdoa..Demi Allah yang membolak balikkan hati ini, aku mohon padaMu, janganlah kau jadikan perpisahan ini sesuatu yang menyedihkan sebaliknya, berilah aku kekuatan untuk mengakhirinya dengan sempurna yang mungkin..aku mohon, jadikan hari ini hari yang paling bermakna dalam hidupku.." aku raup wajahku.. nafas kuhela sedalam mungkin.. mata ku pejam.. bismillah...




hari ini, aku akan meninggalkan semua kenangan terindah yang pernah terjadi dalam hidupku sepanjang setahun ini.. suda duka bersama.. tawa tangis bersama.. sungguh, aku seorang yang sangat emosional tp hanya pada mereka.. aku adalah seorang yg keras hati pada orang lain.. kata orang mungkin aku sangat mencintai mereka... Ya!! memang aku sangat mencintai mereka... mereka yang dicintai..





kepada mereka yang dicintai.. 
aku bukanlah sahabat yang baik, meskipun aku senantiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik..
aku tidak pandai menjaga hatimu, meskipun aku kerap melukai hati sendiri untukmu..
aku suka berkata tidak padamu, kerana aku tidak mahu engkau kecewa saat yang lain berkata begitu..
aku tidak pernah setuju denganmu, kerana tak selalunya engkau betul dan aku mahu bersedia jika tiba saat itu...


mereka yang aku cintai:
dunia ini bukan milik kita... jagalah dirimu sebaik2nya.. aku sentiasa mendoakan kalian.. kerana kalian adalah insan yang kucintai..





yang menyintai: saffawati~ismail


No comments:

Post a Comment